Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri

8:48 AM Edit This 0 Comments »
> Oleh ImamKhalid | 28 bacaan khusyuk
>
>
> Menurut apa yang diceritakan oleh Tok
> Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan
> hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.
>
> Malangnya, ketika itu hujan turun dengan
> lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.
> Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah
> hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
> tangisan kanak-kanak..
>
> Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang
> kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar
> yang telah tumbang... Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa
> pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu?
>
> Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu
> bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala
> botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang
> dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu
> juga jari kaki.. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
> sebab mereka menangis di tepi jalan.
>
> Menurut salah satu daripada budak-budak itu,
> rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat
> sebentar tadi.
>
> Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka
> pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah
> lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok
> Dahaman.
>
> Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu
> telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang
> berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah
> runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-
> budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka
> kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan
> mata kasar.
>
> Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit
> minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi,
> minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
> dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia
> menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
> tulang ayam bersilang di rambutnya.
>
> Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu
> bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan
> mereka di dalam kesejukan.
>
> Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di
> rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut.
> Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina
> di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di
> tempat orang lelaki..
>
> Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di
> kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan
> org ramai.
>
> Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,
> mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke
> dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca
> Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang
> air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang
> muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di
> kepala dan riba manusia.
>
> Tok Dahaman dan isterinya yang memandang
> suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada
> hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari
> itu.
>
> Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk
> berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan
> syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah
> kenduri.
>
> Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia
> dengan bapa syaitan tersebut.
>
> Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan
> dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan
> tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa
> rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
> bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
>
> Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
> syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang
> ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut
> isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
> makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian
> perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada
> yang membawa anak mereka.
>
> Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak
> dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu
> talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau
> tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di
> jendela rumah.
>
> Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh
> isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-
> sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya
> berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan
> berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.
>
> Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai
> melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat
> bersolek.
>
> Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka
> menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap
> mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
> tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh
> menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak
> makan.
>
> Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau
> sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.
>
> Wallahu a ' lam
>
> MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN
> SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.
>
> semoga hari ini lebih baik dari semalam.
>
> Wallahu a ' lam

0 comments: